“Diadaptasi dari siri animasi yang kini dipaparkan di Netflix, Chuck Chicken kini boleh didapati dalam siri komik yang menarik dan lucu ini dengan 9 tajuk dalam Bahasa Melayu. Cerita yang menghiburkan dan juga berunsurkan pendidikan ini sesuai untuk kanak-kanak. Ianya bertempat di sebuah pulau bernama Rocky Perch yang didiami oleh burung dan watak utamanya adalah Chuck Adoodledoo, seekor ayam dan pemilik syarikat keselamatan, yang terkenal dengan gaya kung fu dalam melindungi keselamatan warganegaranya.
Dalam buku ini, Mingo bersama dengan Pen dan Guin merancang untuk memecah masuk ke muzium untuk mencuri sebutir batu biru. Chuck dan Flick pula berhadapan dengan Maharaja yang jahat dan pasukan ninjanya. Apa yang akan dilakukan oleh Chuck dan Flick untuk melindungi Pedang Besar Samurai? Dapatkanlah buku ini hari ini. “
Reviews
There are no reviews yet.